Friday, 14 August 2009

kehilangan

petang semalam kite di kejutkan dgn berita tentang pemergian ustaz Asri, dari kumpulan Rabbani. pemergian yang sangat mengejutkan itu merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya kepada bidang dakwah islam menerusi seni.

aku merupakan salah seorang peminat kumpulan Rabbani terutama lagu2 seperti Pergi tak kembali, intifada dan zikir2 yang dibacakan oleh ustaz Asri. suara ustaz Asri bagi aku bagaikan aura dan anugerah Allah yang paling berharga, yang tidak mampu di beli dgn wang ringgit.
Al fatihah untuk arwah....


pagi ni dlm perjalanan ke tempat kerja, aku dengar hot chat di Hot Fm..topik yang dibincangkan mengenai kehilangan. saat dan ketika itu, aku terus teringatkan org2 tersayang di sekeliling aku. tak sanggup rasanya sekiranya aku kehilangan mereka dan hidup seorangan di dunia ni.


mendengarkan caller Hot fm yang menceritakan pengalaman mereka tentang kehilangan memberikan aku kesedaran dan tersedar ttg lumrah hidup ini, bahawa kite tidak akan selalunya bersama dgn mereka yang kite sayangi, dan pastinya akan berlaku kehilangan. saat dan ketika itu aku terus teringat akan suami aku...x sanggup rasanya jika aku kehilangannya. sedangkan dia pergi o/station aku rasakan seolah2 ditinggalkan pergi, ini kan pulak kehilangan tuk selamanya..ohhh tidak!!!!


kehilangan yang disbbkan di tinggalkan org tersayang..mak, abah, suami, isteri dan adik beradik
kehilangan sesuatu yang berharga ....notebook, kereta, handphone etc
merupakan kenyataan yang terpaksa kite hadapi...hanya kenangan yang tinggal untuk menemani kite untuk selamanya...



hari ni dh jumaat...yeeeeehhhh..x sabar tunggu 4.45 tuk chow dari office ptg ni...esok sabtu dan seterusnya ahad..minggu ni aku nk rest secukupnya di rmh mak..sementelah shidi tak de dan sekarang ni ada virus H1N1, aku rasa lagi baik aku duduk di rumah dari duk melilau di luar, seharusnya aku menjaga diri aku dan baby yang baru berusia 6 minggu ni :)
happy weekend!!!

3 comments:

  1. mmg sangat rase kehilangan kan..
    ai.. kematian tu sebenarnye hampir dengan kita..

    ReplyDelete
  2. happy weekend sis!!

    emosi pembawa budak.. selalu berubah.. asna layan ka sajer hehe

    Jgn layan kan perasaan yg bukan2 tue ek~

    ReplyDelete
  3. atiqa: btl awak..memang terasa sbb saya rasa kum Rabbani antara the best kump nasyid di negara ini...

    Asna : setakat ni ok lagi asna :)

    ReplyDelete