Friday, 20 November 2009

subjektifnya perasaan itu..










rindu sangat kat abg gaban ni :)





arini dh jumaat, seperti biasa bila jumaat dtg aku la manusia yang paling gumbira. aku percaya bukan aku shaja, member2 yang lain pun sama yang mana berjauhan dgn en suami @ isteri.
sekarang ni status kami sbg PJJ memerlukan kami banyak bekorban, dari semua segi.
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..ceyyyy


kadang2 aku rasa sunyi, bosan, sedih bila aku duk sorang2, sbbnya aku akan terkenang abg gaban aku. ...dh mkn ke dia?...sihat ke dia?...ok tak hari dia?
kalo dulu, waktu kami duk bersama jalani kehidupan rmh tangga pas balik kerja kami akan minum petang bersama sambil tnya keadaan diri masing2, tapi sekarang elek.
cuma sms,mms, ym, video call untuk mengubat rindu.




kami cuma sempat jalani 3 bulan alam rumahtangga sblm kami dipisahkan sbb kerja. aku akui aku sangat rindu moment alam rumahtangga - pergi dan balik kerja berjemput, memasak, mengemas & membasuh bersama, bergaduh mesra dll. tapi kini semua kena wat sendiri, aku dan suami.

Sebenarnya PJJ ni dh lalui sejak zaman bercinta lagi..masa degree aku kat Pnang dia kat Srawak, masa tunang aku kat KL kerja dia kat Terengganu and now,again sekali lagi kami di uji berjauhan. Dh bosan okehhhhhhh!!!
nasib ko la labu..parents pun tak tau nk ckp apa....katanya kalo mcm ni mcmana nk wat baby? huhu..kami pun xde jawapannya mak!



tapi yang syoknya bila duk jauh ni selalu di manja suami tau! bukan itu shaja parents caring kite lebih dari biasa..terharu aku :)
kalo citer bab rindu........x terkata okehhhh!!!

wekend kalo suami balik x pernahnya la kami nk lekat kat rumah..celik je mata mcm2 plan menanti kami. kalo kua dari pagi tengah mlm baru nmpak muka kat rumah. keluarga aku dan mertua dh paham dgn perangai kami so diam je la, nak wat mcmana cinta jauh












yan + aki cograts dpt tukar balik semenanjung :)






Thursday, 19 November 2009

jelingan ayah...

pagi ni aku dpt email ni dari officemate..nk share dgn bloggers lain. so enjoy!!


Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
Membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
Mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
Semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu Hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
Rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
Maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
Semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
Tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu Dan marah
Mengheret aku balik ke rumah. Malam TU, berbirat punggung aku dirotannya.




Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Tuesday, 17 November 2009

fine days :)

last week aku cuti seminggu :)
seronok rasanya cuti & bercuti...sedia maklum aku bercuti ke langkawi. biasa je x de yang istimewa cuma yang bes dapat habiskan duit mak bapak aku sbb g bercuti dgn diorang la...huhu



aku spend masa 3 hari kat sana...dan selama 3 hari kat sana 3x lah jugak aku ke kuah tuk bershopping :) kata kaki shopping. kali ni aku dh terjoin club mak aku secara x sengaja sbb beli pinggan mangkuk. sapa sangka org yang suka shopping beg smpai langkawi shopping pinggan mangkuk..



terkilan tak dapat island hopping sbb keadaan cuaca yang x mengizinkan. somemore mak ckp x leh sbb laki aku xde ;( tak pe la next time ada.











foot note : next tioman :)

Sunday, 15 November 2009

malas..end of my honeymoon mode :(



esok kerja!!!!!!!!!
tamat la holidays selama seminggu...
rasa malas nk kerja sbb esok last day spend masa dgn en suami.....







bermula la episod perkahwinan jarak jauh aku :(

Friday, 6 November 2009

ohhhh kad hutang ?!!!!!!!!!!!

PALING SYOK BILA BUAT HUTANG TAPI BILA NAK BAYAR… ADUH SAKITNYA !!!
HUTANG !!! HUTANG !!! HUTANG !!!

Kad hutang @ pun Kredit card....korang pakai tak kad puaka ni?
aku secara jujur memang pakai, dulu masa study berazam ni tak nak pakai tapi bila aku keja kat bank ni aku pun terjebak ambik kad puaka ni. bagi aku kad ni berhantu beb..kalo tak pandai nak manage korang leh mati dibuatnya!!
Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah :)

tak salah untuk ada sekeping kad hutang dlm wallet kite. bukan apa, mana tau kalo terdesak berlaku kecemasan tak kan kite nk cari bank kan, kalo ada bank x pe..kalo x de macamana?
sebenarnya ada pro and contra penggunaan kad kredit ni...depends on us to handle it.

bagi aku, satu kad sudah mencukupi untuk seisi keluarga dan aku hanya akan gunakan bila waktu kecemasan.! tidak sekali untuk membeli baju, kasut dan seagkatannya! pantang mak nenek aku. sbbnya aku ni penakut kalo bukak penyata nmpak beriban2 hutang !. kalo leh aku nk kosong je statement aku tu. baru rasa bahagia :)


penggunaan kad kredit yang tidak bijak dan bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…( aku tak ok!...insyaAllah) aku x nak jadi mangsa kad kredit!

aku pernah terlihat rancangan dlm astro awani bersama Dr Irfan Khairi, merupakan salah seorang pakar perniagaan, bercakap....
kebanyakkan pengguna kad kredit cuma membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.
dan tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…
… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda?
takut kan! aku tersangat la takut!

Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! jangan la apply kad sampai melebihi kemampuan anda :)

lebih elok jangan pakai kalo anda tidak pasti!

Tuesday, 3 November 2009

mcm - mcm






november....

cpt sungguh ko dtg...rasa baru smlm je bln januari. memang benar kata perpatah...masa itu adalah emas. ceyyyy



as usual la kalo nov dtg mcm-mcm aktiviti yang kite plan.duit pun banyak habis time ni..huhu, mana taknya time ni budak- budak cuti sekolah, kenduri kahwin, berkhatan, cukur jambul , bercuti dan sewaktu dengannya la.

setakat ini undangan tuk majlis kahwin sehingga bln 12 aku dh ada 5 undangan, rasa mcm cik diva pulak, tak tau nak pilih mcmana sbb surelah semua undangan dtg dari kawan-kawan aku dan en suami. pecah perut & gemuk la nanti.



selain attend kenduri kahwin, aku jugak akan bercuti...HOREYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!!!!! aktiviti wajib setiap tahun!
destinasinya adalah....langkawi :)))

sebenarnya dh lama aku plan & booking flights ticket, 2 bln slps kahwin ko. awal perancangannya nk g bercuti dgn en suami tapi tak kesampaian. sian dia kena tinggal :( habis burn tiket. jadinya wife dia akn bersuka ria dgn mak bapak dia je la.
nasib baik aku g on w/days so wekend masih ada masa tuk aku berdating dgn sang suami :)
jgn sedey2 ek yayang next year ada lagi..kite plan bercuti bersama.



bln 11 ni jugak ada debaran menanti kami...apa ek?
bukan debaran sehati berdansa pun tapi debaran kat mana la sang suami kena posting nanti.
aku selalu berdoa minta di mudahkan urusan kerja en suami..hopefully jgn la kena post jauh-jauh. aku tak sekuat yang di sangka kan :(






p/s : pn ratna tolong arrage transport tuk aku ek :)

Wednesday, 28 October 2009

5 things I'm currently addicted to

1. Gossip gurl
2. Gardenia Butterscoth - yummie :)
3. acer note book - my besh frend if my hubby not around
4. self help book - The Secret by Rhonda Byrne
5. coach sunglass






*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




gift from yayang :)