PALING SYOK BILA BUAT HUTANG TAPI BILA NAK BAYAR… ADUH SAKITNYA !!!
HUTANG !!! HUTANG !!! HUTANG !!!
Kad hutang @ pun Kredit card....korang pakai tak kad puaka ni?
aku secara jujur memang pakai, dulu masa study berazam ni tak nak pakai tapi bila aku keja kat bank ni aku pun terjebak ambik kad puaka ni. bagi aku kad ni berhantu beb..kalo tak pandai nak manage korang leh mati dibuatnya!!
Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah :)
tak salah untuk ada sekeping kad hutang dlm wallet kite. bukan apa, mana tau kalo terdesak berlaku kecemasan tak kan kite nk cari bank kan, kalo ada bank x pe..kalo x de macamana?
sebenarnya ada pro and contra penggunaan kad kredit ni...depends on us to handle it.
bagi aku, satu kad sudah mencukupi untuk seisi keluarga dan aku hanya akan gunakan bila waktu kecemasan.! tidak sekali untuk membeli baju, kasut dan seagkatannya! pantang mak nenek aku. sbbnya aku ni penakut kalo bukak penyata nmpak beriban2 hutang !. kalo leh aku nk kosong je statement aku tu. baru rasa bahagia :)
penggunaan kad kredit yang tidak bijak dan bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…( aku tak ok!...insyaAllah) aku x nak jadi mangsa kad kredit!
aku pernah terlihat rancangan dlm astro awani bersama Dr Irfan Khairi, merupakan salah seorang pakar perniagaan, bercakap....
kebanyakkan pengguna kad kredit cuma membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.
dan tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…
… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda?
takut kan! aku tersangat la takut!
Jadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! jangan la apply kad sampai melebihi kemampuan anda :)
lebih elok jangan pakai kalo anda tidak pasti!
ABE Nasi Lemak Ayam Berempah
19 hours ago
asna xde hehe ;)
ReplyDeletebetter kalo xde asna sbbnya asna kuat shopping :)
ReplyDeleteakak ada pun jarang la pakai..
farah ada satu.
ReplyDeletepakai bila nak beli barang yang mahal je mcm perabot. tapi kadang2 pakai time shopping gak.
selalunya tak banyak, tak sampai pening nak bayar. lagi best kadang2 mak yang bayarkan!huhuuu..
btl! pakai bila nk beli brg2 yang ada monthly instalment je..kite pun untung!
ReplyDeletetapi kalo mak yang bayarkan melampau tu