12 pm..semasa keja ada perasaan tak selesa di dalam hati aku..fikiran aku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan..lantas aku ke toilet..masuk toilet aku terkejut...bleading? adakah untuk kali kedua?
lantas aku ke surau untuk merehatkan diri..
2pm aku ke toilet semula tuk melihat...masih ada dan semakin banyak..aku mengadu pada akak officemate aku sbb dia experiance kandungan gugur..waktu ini aku positifkan minda aku dan terus masuk semula wat keja mcm biasa..tika dan ketika ini perut aku sudah mula terasa hangat kesakitan.
3.30pm aku ke toilet semula untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor..bleading masih ada warna bertukar sedikit gelap berbanding tengahari tadi. aku tetap mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor serta berdoa memohon diselamatkan kandungan aku. selesai solat masuk office wat keja mcm biasa dan masih lagi positifkan minda aku. pada masa yang sama aku kol shidi memaklumkan keadaan aku..jawapan dari sang suami positifkan minda kamu yayang!
5.15pm seperti biasa sebelum pulang aku akan ke toilet untuk membuang air kecil. waktu ini bleading lebih banyak dari biasa. aku lekas packing barang2 kat workstation dan terus keluar menuju ke parking untuk memandu pulang. sampai rumah mertua dalam pukul 7pm lewat sedikit berbanding selalu kerana keadaan jalan yang luar biasa jam...sampai rumah terus meluru ke toilet...perasaan aku semakin gusar...apakah ini semua? apakah yang aku fikirkan akan berlaku jua?
semasa buka puasa aku memaklumkan keadaan diri aku pada mertua, mertua minta aku ke hospital mlm tu jugak..selesai buka dlm pkl 8.30 aku kol mak aku dan suami maklumkan aku nak ke Az Zahrah..mertua hantar ke hospital dan aku bertemu mak aku dan abah disana..sampai di hospital aku terus dirujuk ke Emergency...mertua dan mak menemani aku masuk jumpa doktor untuk scan dan aku dimaklumkan kemungkinan aku akan kehilangan bayi dlm kandungan aku..MasyAllah, apakah ini semua? sungguh kuat dugaan Kau berikan pada ku ya Allah dibulan yang mulia ini..
aku diminta pulang oleh doktor dan minta aku datang semula esok sbb mlm pakar tak ada.. aku pun tak nak masuk wad..lagipun pakar akan ada pada sebelah pagi keesokan harinya. doktor pesan sekiranya janin aku nak keluar dia akan keluar dgn sendirinya..itu yang diberitahu oleh doktor kepada aku. doktor bekalkan aku ubat dan aku balik...mlm aku tak dapat nak tidor seperti biasa..keadaan diri semakin sakit...
selasa
5.30 pagi aku bangun untuk ke toilet...pada waktu ini fresh blood dah keluar beserta dgn gumpalan darah beku..patut la perut aku sakit. mertua memesan jgn pergi kerja. aku akur dan terus ke bilik. dari 5.30 pagi sehingga jam 7 aku x dapat nak tidor..tepat jam 8.30 pagi aku kol adik aku lina...adik aku dtg rumah mertua aku dari tmpat kerjanya..adik aku dan adik ipar membawa aku ke hospital kerana darah dah banyak keluar..
smpai di Az Zahrah aku sekali lagi terus di masukkan ke Emergency room. sewaktu keluar kereta habis seat kereta aku di penuhi darah..sakit usah la ckp memang tak tertahan. aku terus di periksa tekanan darah dan air dalam badan..doktor maklumkan terlalu rendah akibat pendarahan yang banyak. lantas aku di masukan air dan terus di masukan wad. lebih kurang setengah jam slps itu aku terus di masukan ke dalam Operation Room untuk DNC. dlm operation room sebelum operasi DNC dilakukan doktor memesan banyak2 bersabar, berselawat dan berdoa..dan waktu yang sama doktor memberikan aku ubat pelali dan aku x sedar apa yang berlaku slps itu....
sedar2 aku dlam wad ditemani ahli keluarga....
bila waktu itu aku tahu kandungan aku memang dah tak dapat nak di selamatkan...
aku merasakan sudah tidak ada lagi air mata untuk aku tangiskan.aku cuma mampu bersabar..shidi pulang pada hari aku dimasukan ke wad, dan pada mlmnya dia selamat sampai..kami sama-sama duduk bermuhasabah diri dan berdoa...keesokan harinya aku balik berpantang di rumah mak..
perasaan dan mood kami untuk beraya pertama kali sebagai suami isteri hambar...
pada kami tiada istilah raya tahun ini...sungguh kuat dugaaan Mu ya Allah dan kami redha :(
raya ini tidak istilah ziarah..
tak ada istilah balik kampung..
tak ada istilah makan-makan...
tak ada istilah berbaju baru...
yang ada adalah..BERPANTANG!!
Ya Allah sis...
ReplyDeleteTabah kan hati yea sis..
asna tak tau nk ckap ape..
Insyallah Allah akan berikan zuriat yg terbaik utk sis sekeluarga..
Amin.
Takziah. Byk kan berdoa yea sis.
sabar ye kak shada.
ReplyDeletei know how u feel.
yang penting kena byk rehat dan berpantang.
insyaAllah ada rezeki lain lepas ni.
dugaan Allah kan dear...
ReplyDeletekamu n suami banyakkan bersabar eak..
rezeki Allah tak pernah putus kan dear..
jaga diri ok.. rehat banyak-banyak tau..
btw selamat hari raya..!!
to all dear frens..thnks for supporting me!!
ReplyDelete